Membentuk Akhlak Anak-Anak
16 Mei 2013, 6 Rejab 1434H
1. Membina akhlak yang baik kepada anak-anak merupakan satu kewajiban kepada ibubapa sebagai menjalankan amanah Allah swt bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan anak-anak yang dilahirkan ke dunia ini. Kesucian anak sejak dilahirkan akan dicorakkan dengan apa yang dipelajari atau dicontohi oleh ibubapa, keluarga dan sekitarnya. Sekiranya suasana persekitarannya dan asuhan yang baik diberikan oleh ibubapanya, akan bersih dan baiklah akhlak dan amalan yang di bawa oleh anak-anak itu apabila remaja dan dewasa kelak.
2. Sebagai ibubapa , guru dan sesiapa yang mendidik si anak, ia akan mendapat pahala yang setimpalnya dengan didikan yang baik dan begitulah sebaliknya jika gagal mendidik anak-anak tersebut, maka ia akan bertanggungjawab kepada Allah swt di akhirat kelak. Dalam hal ini Allah berfirman:
"Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu dan keluargamu dari siksa api neraka". (Surah Tahrim: 6)
3. Pokok pangkal kepada didikan anak-anak ialah mendidik dengan cara didikan Islam sebagaimana yang dikehendaki oleh agama kita, supaya anak ini nanti akan terselamat dari api neraka yang penuh azab siksa.
4. Antara adab yang perlu dijaga ialah mengamalkan adab makan seperti menggunakan tangan kanan, membaca bismillah, mengamabil makanan apa yang dihadapannya, makan dengan bersopan tidak gelojoh, mengunyah makan dengan sebaik-baiknya, menyuap dengan lambat-lambat, jangan mengotori kedua tangan atau pakaiannnya, memakan makan yang sederhana tidak bermewahan, makanlah dengan sederhana banyaknya atau berhentilah bila berasa kenyang, makan apa yang ada asalkan halal dan tidak terlalu memilih.
5. Yang agak penting juga ialah ibubapa perlu mengajar bagaimana ia harus taat dan patuh kepada kedua ibubapanya, guru yang mendidiknya, dan juga setiap orang yang lebih tua daripada anak tersebut.
5. Apabila menjelang umur 7 - 10 tahun anak-anak diajar bersolat dan jangan meninggalkan solat fardhu yang diwajibkan ke atasnya. Begitu juga membiasakan diri anak-anak untuk berpuasa di bulan ramadhan.
6. Ketentuan-ketentuan syariat agama. wajiblah ia diajari di rumah, di samping pelajaran yang diterima di sekolahnya.
7. Melarang anak-anak supaya tidak melakukan perkara yang haram seprti mencuri atau memakan makanan yang haram.

No comments:
Post a Comment