Semua pasangan suami isteri pasti mendambakan zuriat yg soleh dan solehah yang boleh mendoakan mereka...apabila mati seorang manusia maka terputuslah segala amalannya kecuali doa anak soleh,amal jariah dan ilmu bermanfaat yang diajar dan ditinggalkn semasa hidup...
Agak menyedihkan bila aku lihat sesetengah pasangan yang dikurniakan anak yang ramai tapi tidak diberikan didikan agama sebaiknya...penekanan hanya diberikan kepada aspek akedemik dan penjagaan fizikal dan kesihatan anak semata mata..kurang pengisian rohani dan didikan ke arah menjadikan si anak soleh dan solehah...
Nak jadikan ank soleh solehah tak cukup dengan hanya perkataan yang meniti dibibir..banyak yang perlu ayah ibu korbankan untuk mendidik...bila anak anak dah meningkat remaja pula.,.ayah ibu kurang prihatin bab-bab menutup aurat dengan sempurna,bab solat,ibadah,akidah,akhlak...pelbagai pengaruh yang tidak baik di sekeliling anak2...jika lemah iman dan kurang benteng diri mudahla anak anak ini hanyut...dan ketika itu teguran ibu bapa juga mungkin susah untuk mereka terima...
Aku percaya...Memang bukan mudah nak mendidik jiwa dan menerapkan iman dan taqwa sedangkan nak menjaga dan besarkan (fizikalnya) agak mudah...mungkin sebab tu ramai yg terlepas pandang....sedangkan anak itu seputih kain yang hanya menunggu untuk dicorakkan...dan sebab itulah..aku selalu berharap dan berdoa dipermudahkan Allah untuk mendidik anak anakku kelak...
Namun ramai juga dari kalangan sahabat sahabat dan kaum keluarga yang aku perhatikan memberikan didikan yang sangat baik kepada anak anak mereka sehingga aku rasa kagum dan ingin jadikan mereka idolaku dalam mempersiapkan diri menjadi ibu bapa mithali mendidik anak anak yang soleh solehah kelak...
Kadang-kadang aku tertanya tanya sendiri..sempatkah aku merasai doa anak yang soleh? atau mungkinkah Allah menjemputku pulang sebelum aku sempat bergelar ibu...aku yakin segala yang Allah tentukan buatku adalah yang terbaik..namun aku cukup berharap impianku dimakbulkan Allah...pernah juga aku suarakan pada suamiku..namun suamiku hanya memujuk dengan positif..
Entah kenapa akhir akhir ini hatiku merasakan ingin mengambil anak angkat...dengan niat aku ingin mendidik dan menjaganya seperti anak sendiri..memberi didikan agama sebaiknya mendorong dia menjadi hafiz/hafizah penjaga alquran yg mulia..
Aku yakin..doa anak yang soleh,jika datangnya dari anak angkat yang betul betul ikhlas mendoakan ibu dan bapa angkatnya juga akan diterima Allah...dan boleh jadi juga anak angkat itu dijadikan anak susuan atau anak sedara susuan..dan aku pula tidak ada masalah untuk memberikan kasih sayang yang selayaknya buat seorang anak...tidak kira walaupun dia bukan dari darah dagingku..kerana aku yakin hakikatnya semua yang kita ada di dunia ini adalah milik allah yang dipinjamkan buat kita...jadi tak perlulah kita bezakan anak sendiri atau anak angkat kerana semua anak adalah pinjaman dari allah.. amanah dan tanggung jawab yang perlu digalas ayah ibu sebagai penjaga...
Aku suarakan niatku kepada suami.. suamiku menganggap aku sudah tidak sabar dan sangat sunyi tanpa anak sendiri..namun sebenarnya niatku hanyalah ingin mendidik seramai anak yang boleh...tidak kira anak sendiri dan anak angkat selagi masih dipinjamkan nikmat nyawa dan kasih sayang ini...mungkin tak ramai yang dapat faham niatku ini...namun aku tak perlukan pendapat orang lain..cukuplah Allah tahu apa yang terbuku di hatiku..dan suami serta keluarga meredhai niatku ini...
etiap hari aku berdoa agar Allah permudahkan segala urusanku...jika Allah redha akan niatku untuk mengambil anak angkat itu yang terbaik..moga dipertemukan kami dengan bayi yang baik dan sesuai..aku serahkan segalanya kepada Allah yang lebih mengetahui apa yang tidak pernah aku ketahui...dalam masa yang sama...aku masih belum berhenti berdoa, berusaha dan berharap diizinkan Allah mengandungkan bayi di rahimku...anugerah allah buat semua yang bergelar ibu..maha suci dan hebat Allah menjadikan rahim wanita dan diberikan nama sempena namaNya yang mulia...Ya Raheemmm..Allah yang maha penyayang...

No comments:
Post a Comment