Wednesday, 15 May 2013

Anak-Anak Permata Hati Kita


Anak-Anak Permata Hati Kita
16 Mei 2013 / 6 Rejab 1434



Selama ini sedar atau sengaja kita biarkan perkara ini diberlalu tanpa rasa sedikit pun sesal atau bersalah. Pernahkah kita sama-sama terfikir bahawa kita telah mengabaikan dan cuba membiarkan permata hati kita semakin jauh dari kita Saya masih ingat kata-kata arwah ibu, "kita kerja dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang, bila pulang ke rumah anak-anak kita meragam kita terus menghukum dengan memarahi ataupun memukul mereka,.Apa salahnya bila anak meragam peluk belai dan tanya kenapa mereka 

meragam dan pujilah anak-anak kita". Tetapi bagi kita dengan cara memarahi dan memukul itulah, kita dapat mendidik mereka menjadi anak yang baik. Sebenarnya kita alpa bahawa anak-anak kita sedang memancing kasih dan sayang dari ibu dan ayahnya. Anak-anak sebenarnya cuba menarik perhatian ibubapa kerana dari pagi hingga ke petang duduk di Taska/Taski jadi bila pulang ke rumah dengan meragam dapatlah ibu atau ayah membelainya.

Adakah kita sama-sama terfikir dari pagi hingga ke petang kita di pejabat bila ada kerja yang memerlukan kita bekerja lebih masa kita terpaksa pulang lewat bagi menyiapkan tugasan di pejabat ada masa kita dengan rela hati melakukan tugas diluar masa tetapi ada masa kita akan merungut sebab kena pulang lambat. Begitu jugalah dengan anak-anak kita yang menunggu ibu dan ayah datang mengambil mereka pulang dari Taska/Taski… bila kita ambil mereka awal senyuman yang dihadiahkan untuk kita begitu lebar tetapi bila kita mengambil mereka lambat ….masamnya muka mereka bagai cuka …. Sebenarnya bila kita letih bekerja, dan kita dihadiahkan dengan senyuman oleh anak-anak keletihan kita akan hilang serta-merta.

Anak-anak kita adalah permata hati yang dianugerahkan oleh Yang Maha Esa untuk kita sayangi, didik dan jaganya dengan penuh kasih dan sayang tanpa berbelah bagi. Bak kata pepatah “ Melentur buluh biarlah dari rebungnya. JANGAN kita abaikan tanggungjawab kita sebagai ibu dan bapa dalam mengejar arus kehidupan yang penuh dengan cabaran…SEBALIKNYA cubalah kita sama-sama merebut peluang dengan memberikan kasih sayang buat anak-anak kita dari mereka kecil untuk kita pula merebut kasih sayang dari anak-anak bila mereka dewasa nanti.

Bila anak-anak kita meningkat remaja mulalah kita merasakan mereka jauh dari kita kerana bagi kita mereka dah besar tentu memerlukan masa dan banyak perkara mereka lakukan sendiri tanpa pengetahuan kita. TETAPI kalau ibu bapa dari masa mereka kecil lagi senantiasa membelai dengan penuh kasih dan sayang…TENTU bila mereka dewasa mereka akan senantiasa mencari ibu dan bapa untuk meminta pandangan secara tak langsung anak-anak permata hati kita saling sayang meyayangi antara ibu dan bapa mereka. Kasih sayang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit yang kita kejar selama ini tetapi hanya dengan sedikit pengorbanan meluangkan masa emas kita dengan cuba membelai dan berdoa semoga 
PERMATA HATI KITA MENJADI ANAK-ANAK YANG SOLEH DI DUNIA DAN AKHIRAT…
Ingatan buat diri dan juga ibu bapa…

No comments:

Post a Comment