Tuesday, 19 November 2013

Petua Untuk Kosongkan Fikiran Yang Berserabut



1. Tarik Nafas - Ingat lagi bagaimana anda bersenam di waktu pagi semasa bersekolah dahulu? Ingat lagi bagaimana anda memulakan senaman dengan menarik nafas dengan kaedah yang betul? Gunakan teknik ini untuk mula mengosongkan fikiran anda.

2. Ambil Wudhuk - Mengambil wudhuk boleh menenangkan fikiran. Kembali kepada fitrah manusia dapat memantapkan lagi rohani kita dan air yang bersih boleh mengembalikan kita kepada fitrah kejadian. Air yang segar dapat memberi tenaga dan fokus yang diperlukan dan wajah akan pasti kembali ceria.

3. Tulis - Ada banyak perkara yang bermain di dalam fikiran anda. Anda perlu mengenalpasti apa sebenarnya yang anda fikirkan untuk membolehkan minda mengurus perkara-perkara ini. Cara yang paling mudah adalah dengan menulis satu-persatu apa yang anda sedang fikirkan. Jangan cuba untuk mengenalpasti kategori perkara-perkara ini dahulu, teruskan sahaja menulis.

4. Berkongsi Masalah - Jangan simpan permasalahan anda. Jika anda mempunyai kekasih atau seseorang yang penting dalam hidup anda, berkongsilah masalah anda dengan mereka. Mendengar masalah orang lain juga dapat membantu anda dalam menyelesaikan masalah anda sendiri. Kadang-kadang kita tidak sedar tentang sesuatu yang lebih baik sebagai jalan penyelesaian. Dengarlah dan berbicaralah dengan hati dan minda yang terbuka.

5. Cukup Rehat dan Tidur - Dengan memejamkan mata, atau memandang jauh ke arah kehijauan alam akan dapat memberi anda perasaan yang tenang. Tidur yang tidak cukup bermakna minda anda tidak mendapat rehat yang secukupnya. Sebab itu minda anda liar berfikir. Pejamkan mata untuk seketika di waktu rehat anda, atau keluar ambil angin dalam keadaan yang selesa dan positif.

6. Lepaskan - Anda risau tentang sesuatu? Anda rasa tidak puas tentang apa yang telah anda lakukan? Rasa marah? Berdendam? Tertekan? Cara yang paling mudah untuk mengosongkan fikiran yang berserabut adalah dengan mengalah dan melepaskan. Kita perlu menjadi seorang yang berjiwa mantap dan tegas dalam mengawal perasaan untuk membolehkan diri maju ke hadapan. Walaupun perasaan-perasaan ini adalah semulajadi, tetapi kebanyakannya adalah tidak menguntungkan.

Petua Pemakanan Untuk Meningkatkan Kesuburan



1. Daging Merah - Kandungan zat besi dalam daging merah mampu menurunkan risiko kemandulan yang timbul dalam proses ovulasi. Zat besi membantu meningkatkan sel darah merah juga mengurangi ancaman anemia.

2. Kacang - Kacang almond mampu meningkatkan ghairah seks wanita serta boleh melindungi embrio dari keguguran.

3. Tiram - Tiram mengandungi zat besi yang amat penting bagi kesihatan ovulasi dan produksi sel telur yang stabil. Selain tiram, zat besi juga terkandung dalam telur, biji-bijian dan kacang.

4. Kentang Panggang. Ia mengandungi vitamin B yang sangat tinggi. Kandungan vitamin B dan E ditemukan dalam makanan ini dan boleh meningkatkan pembelahan sel serta meningkatkan peluang produksi ovum yang sehat.

5. Buah-buahan Segar - Ini merupakan pilihan terbaik bagi lelaki yang ingin meningkatkan kehebatan mereka. Kandungan vitamin C yang tinggi amat untuk meningkatkan kualiti sperma. Amalkan memakan buah kiwi, mangga, atau strawberi.

6. Kacang Brazil - Ia benar-benar baik untuk membantu meningkatkan jumlah sperma. Ia kaya dengan selenium dan mampu meningkatkan hormon testosterone.

7. Bawang Putih - Ramai akui bawang putih boleh meningkatkan kesuburan orang lelaki.

8. Air - Sangat penting bagi kesihatan badan dan kesuburan seseorang. Sebaiknya minum air mineral atau air yang ditapis. Anda disarankan untuk minum 8 liter air dalam sehari semalam.

9. Sayur-sayuran berwarna Kuning, Oren dan Merah - Ia mengandungi banyak vitamin dan antioxidant untuk mencegah penyakit di samping meningkatkan kesuburan. Sayur sawi pula mengandungi banyak vitamin, zat besi dan antioxidant yang penting bagi kesihatan dan kesuburan. Folik penting untuk penetasan telur yang baik kualiti, mencegah kecacatan bayi serta mengurangkan risiko keguguran.

10. Kobis, Karrot, Brokoli, Kacang Hijau, Keledek Merah – Semua ini mengandungi banyak zat dan khasiat yang boleh membetulkan kitaran haid, mengimbangkan hormon subur dan seterusnya meningkatan kesuburan. Ia benar-benar baik untuk membantu meningkatkan jumlah sperma. Ia kaya dengan selenium dan mampul meningkatkan hormon testosterone.

11. Papaya, Jambu Batu, Buah Naga, Semangka, Buah Limau Nipis - Kaya dengan kandungan vitamin khususnya vitamin C yang penting untuk kesihatan dan kesuburan.

Petua Untuk Kuruskan Badan Dengan Cepat



1. Jangan makan makanan yang berkarbohidrat tinggi seperti nasi, roti, meehon, keow teow atau mee.

2. Jangan makan makanan yang mempunyai kandungan gula/garam yang tinggi seperti ikan masin, kicap, cili sos, tomato sos, yogurt manis dan sebarang jeruk.

3. Jangan makan frozen food (makanan beku sejuk) seperti burger, bebola ikan, sosej dan sebagainya.

4. Jangan atau kurangkan pengambilan minuman yang berkafein seperti teh dan coklat kerana kafein melambatkan pembakaran lemak.

AMALAN:

1. Minum air masak (air suam atau air sejuk) sekurang-kurangnya 2 liter sehari.

2. Banyakkan makan sayur-sayuran dan makanan yang berasaskan soya.

3. Anda dibolehkan untuk makan daging, ikan, makanan laut dan juga keju (cheese). Tetapi ingat, jangan makan nasi atau roti.

4. Anda digalakkan bersenam setidak-tidaknya 30 minit sehari.

NOTA:

a. Masalah hormon merupakan salah satu faktor yang boleh menyebabkan anda kekurangan berat badan. Sekiranya doktor mengesahkan anda tidak mengalami sebarang masalah, anda bolehlah mencuba cara-cara alternatif untuk menambahkan kalori di badan anda. Doktor juga boleh mengesahkan sama ada berat badan anda itu bersesuaian dengan ketinggian anda, dan sekiranya sedemikian anda tidak perlu untuk menambahnya lagi. Adalah mustahak untuk anda perhatikan keluarga anda terlebih dahulu sebelum mencuba cara-cara untuk menambahkan berat badan. Sekiranya anggota keluarga anda kurus-kurus belaka, besar kemungkinannya anda telah mewarisi ciri genetik tersebut.

b. Anda boleh mengubah susuk badan anda dengan pemakanan dan senaman tetapi jangan terlalu mengharapkan sesuatu yang berlebihan daripada apa yang bersesuaian dengan keadaan sebenar badan anda. Apa yang anda mahukan di sini adalah penambahan berat melalui pertumbuhan otot-otot dan bukan hanya lemak semata-mata.

Petua Menangani Selalu Rasa Lapar



a. Menangani rasa lapar amat penting untuk memastikan berat badan terkawal. Rasa lapar merupakan perkara normal bagi seseorang yang cuba menghadkan pengambilan makanan. Anda disarankan untuk mengetahui punca sebenar rasa lapar tersebut sama ada disebabkan faktor psikologi atau fizikal dan mengetahui bagaimana untuk mengatasinya. Ramai antara kita yang makan ketika lapar. Sungguhpun tidak benar-benar lapar, namun mereka tetap cenderung mengambil makanan mengikut jadual makan yang telah dibiasakan sejak kecil lagi. Makan yang berpunca faktor psikologi merupakan satu lagi penyakit atau tabiat makan berlebihan ketika seseorang bersedih. tertekan malah gembira. Tahukah anda, lapar disebabkan faktor psikologi amat berbahaya kerana ia mempunyai pengaruh dan pembangkit nafsu makan anda.

b. Cuba fikir kembali, apa yang menyebabkan anda makan secara berlebihan dan bagaimanakah cara menghentikan tabiat tersebut? Apa yang anda harus lakukan demi memastikan perhatian anda tidak hanya terarah pada makanan semata-mata?

1. Pastikan setiap hidangan harian anda mempunyai kandungan protein dan makanan rendah lemak. Perbanyakan kudapan ringan seperti 'popcorn', kismis atau kekacang sementara menunggu waktu makan sebenar. Makanan sebegini membantu anda berasa kenyang tanpa meningkatkan kadar kalori dalam tubuh secara keterlaluan.

2. Selain itu, anda juga boleh memperbanyakkan pengambilan sayur dan buah-buahan segar yang kaya dengan kandungan serat dan tinggi kandungan airnya. Kalau boleh, jadikan makanan jenis ini sebagai snek sehari-hari terutamanya anda ketika perut terasa lapar.

3. Rasa lapar yang keterlaluan menyebabkan anda cenderung makan melebihi kuantiti yang sepatutnya. Jadi untuk mengelakkannya, anda dinasihatkan makan sebelum perut benar-benar lapar. Kebanyakan kita berpendapat golongan wanita cenderung makan berlebihan sekembalinya mereka dan tempat kerja. Nafsu makan akan melonjak tatkala menyediakan makanan buat keluarga, apatah lagi anda sememangnya benar-benar lapar ketika itu. Jadi, sebagai langkah mengawal diri, anda dinasihatkan untuk mengisi perut terlebih dahulu dengan mengambil yogurt rendah lemak atau buah-buahan sebelum pulang ke rumah.

Sifat dan Sebagian Akhlak Rasulullah SAW


Bentuk tubuh Rasulullah
Al-Hasan bin Ali bin Abi Thalib ra. yang pernah hidup bersama Rasulullah SAW, berkata:
“Saya bertanya kepada paman saya, Hind bin Abi Halah -yang selalu berbicara tentang Nabi yang mulia- untuk menceritakan kepada saya berkenaan dengan Nabi, agar kecintaan saya bertambah. Ia berkata, ‘Nabi Allah sangat berwibawa dan sangat dihormati. Wajahnya bersinar seperti purnama. Ia lebih tinggi dari orang-orang pendek dan lebih pendek dari orang-orang jangkung. Kepalanya agak besar dengan rambut yang ikal. Bila rambutnya itu bisa disisir, ia pasti menyisir rambutnya. Kalau rambutnya tumbuh panjang, ia tak akan membiarkannya melewati daun telinga. Kulit wajahnya putih dengan dahi yang lebar. Kedua alisnya panjang dan lebat, tapi tidak bertemu.
Di antara kedua alisnya, ada pembuluh darah melintang yang tampak jelas ketika beliau marah. Ada seberkas cahaya yang menyapu tubuhnya dari bawah ke atas, seakan-akan mengangkat tubuhnya. Jika orang berjumpa dengannya dan tidak melihat cahaya itu, orang mungkin menduga ia mengangkat kepalanya karena sombong.’
‘Janggutnya pendek dan tebal; pipinya halus dan lebar. Mulutnya lebar dengan gigi-gigi yang jarang dan bersih. Di atas dadanya ada bulu yang sangat halus; lehernya seperti batang perak murni yang indah. Tubuhnya serasi (semua anggota tubuhnya sangat serasi dengan ukuran anggota tubuh yang lain). Perut dan dadanya sejajar. Bahunya lebar, sendi-sendi anggota badannya gempal. Dadanya bidang. Bagian tubuhnya yang tidak tertutup pakaian bersinar terang. Segaris bulu yang tipis memanjang dari dada ke pusarnya. Di luar itu, dada dan perutnya tidak berbulu sama sekali. Lengan, bahu dan pundaknya berbulu. Lengannya panjang dan telapak tangannya lebar. Tangan dan kakinya tebal dan kekar. Jari-jemarinya panjang. Pertengahan telapak kakinya melengkung, tidak menyentuh tanah, air tidak membasahinya.
Ketika berjalan ia mengangkat kakinya dari tanah dengan dada yang dibusungkan. Langkah-langkahnya lembut. Ia berjalan cepat seakan-akan menuruni bukit. Bila berhadapan dengan seseorang, Ia hadapkan seluruh tubuhnya, bukan hanya kepalanya. Matanya selalu merunduk. Pandangannya ke arah bumi lebih lama daripada pandangannya ke langit. Sesekali ia memandang dengan pandangan sekilas. Ia selalu menjadi orang pertama yang mengucapkan salam kepada orang yang ditemuinya di jalan.’”
  • Cara bicara Rasulullah
Kemudian Imam Hasan berkata, “Ceritakan kepadaku cara bicaranya.”
Hind bin Abi Halah berkata, “Ia selalu tampak sendu, selalu merenung dalam, dan tidak pernah tenang. Ia banyak diamnya. Ia tidak pernah berbicara yang tidak perlu. Ia memulai dan menutup pembicaraannya dengan sangat fasih. Pembicaraannya singkat dan padat, tanpa kelebihan kata-kata dan tidak kekurangan perincian yan diperlukan. Ia berbicara lembut, tidak pernah kasar atau menyakitkan. Ia selalu menganggap besar anugerah Tuhan betapapun kecilnya. Ia tidak pernah mengeluhkannya. Ia juga tidak pernah mengecam atau memuji berlebih-lebihan apapun yang ia makan
Dunia dan apapun yang ada padanya tidak pernah membuatnya marah. Tetapi, jika hak seseorang dirampas, ia akan sangat murka sehingga tidak seorang pun mengenalnya lagi dan tidak ada satu pun yang dapat menghalanginya sampai ia mengembalikan hak itu kepada yang punya. Ketika menunjuk sesuatu, ia menunjuk dengan seluruh tangannya. Ketika terpesona, ia membalikkan tangannya ke bawah. Ketika berbicara,terkadang ia bersedekap atau merapatkan telapak tangan kanannya pada punggung ibu jari kirinya. Ketika marah, ia palingkan wajahnya. Ketika tersinggung, ia merunduk. Ketika ia tertawa, gigi-giginya tampak seperti untaian butir-butir hujan es.
Imam Hasan berkata, “Saya menyembunyikan berita ini dari Imam Husain sampai suatu saat saya menceritakan kepadanya. Ternyata ia sudah tahu sebelumnya. Kemudian saya bertanya kepadanya tentang berita ini. Ternyata ia telah bertanya kepada ayahnya (Imam Ali) tentang Nabi, di dalam dan di luar rumah, cara duduknya dan penampilannya, dan ia menceritakan semuanya.”
  • Akhlak Rasulullah ketika masuk rumah
Imam Husain berkata, “Aku bertanya kepada ayahku tentang perilaku Nabi ketika ia memasuki rumahnya. Ayahku berkata, ‘Ia masuk rumah kapan saja ia inginkan. Bila berada di rumah, ia membagi waktunya menjadi tiga bagian; sebagian untuk Allah, sebagian untuk keluarganya, sebagian lagi untuk dirinya. Kemudian ia membagi waktunya sendiri antara dirinya dan orang lain; satu bagian khusus untuk sahabatnya dan bagian lainnya untuk umum. Ia tidak menyisakan waktunya untuk kepentingan dirinya. Termasuk kebiasaannya pada bagian yang ia lakukan untuk orang lain ialah mendahulukan atau menghormati orang-orang yang mulia dan ia menggolongkan manusia berdasarkan keutamaannya dalam agama. Di antara sahabatnya, ada yang mengajukan satu keperluan, dua keperluan, atau banyak keperluan lain. Ia menyibukkan dirinya dengan keperluan mereka. Jadi, ia menyibukkan dirinya untuk melayani mereka dan menyibukkan mereka dengan sesuatu yang baik bagi mereka.
“Ia sering menanyakan keadaan sahabatnya dan memberi tahu mereka apa yang patut mereka lakukan. ‘mereka yang hadir sekarang ini harus memberitahukan kepada yang tidak hadir. Beritahukan kepadaku orang yang tidak sanggup menyampaikan keperluannya kepadaku. Orang yang menyampaikan kepada pihak yang berwenang keluhan seseorang yang tidak sanggup menyampaikannya, akan Allah kokohkan kakinya pada Hari Perhitungan’. Selain hal-hal demikan, tidak ada yang disebut-sebut dihadapannya dan tidak akan diterimanya. Mereka datang menemui beliau untuk menuntut ilmu dan kearifan. Mereka tidak bubar sebelum mereka menerimanya. Mereka meninggalkan majlis Nabi sebagai pembimbing untuk orang di belakangnya.’
  • Akhlak Rasulullah di luar rumah
“Aku bertanya kepadanya tentang tingkah laku Nabi yang mulia di luar rumahnya. Ia menjawab, ‘Nabi itu pendiam sampai ia merasa perlu untuk bicara. Ia sangat ramah kepada setiap orang. Ia tidak pernah mengucilkan seorang pun dalam pergaulannya. Ia menghormati orang yang terhormat pada setiap kaum dan memerintahkan mereka untuk menjaganya kaumnya. Ia selalu berhati-hati agar berperilaku yang tidak sopan atau menunjukkkan wajah yang tidak ramah kepada mereka. Ia suka menanyakan keadaan sahabat-sahabatnya dan keadaan orang-orang di sekitar mereka, misalnya keluarganya atau tetangganya. Ia menunjukkan yang baik itu baik dan memperkuatnya. Ia menunjukkan yang jelek itu jelek dan melemahkannya. Ia selalu memilih yang tengah-tengah dalam segala urusannya.’
“Ia tidak pernah lupa memperhatikan orang lain karena ia takut mereka alpa atau berpaling dari jalan kebenaran. Ia tidak pernah ragu-ragu dalam kebenaran dan tidak pernah melanggar batas-batasnya. Orang-orang yang paling dekat dengannya adalah orang-orang yang paling baik. Orang yang paling baik, dalam pandangannya, adalah orang-orang yang paling tulus menyayangi kaum muslimin seluruhnya. Orang yang paling tinggi kedudukannya disisinya adalah orang yang paling banyak memperhatikan dan membantu orang lain.’”
  • Cara Rasulullah duduk
Imam Husain berkata, “Kemudian aku bertanya kepadanya tentang cara Rasulullah duduk. Ia menjawab, ‘Rasulullah tidak pernah duduk atau berdiri tanpa mengingat Allah. Ia tidak pernah memesan tempat hanya untuk dirinya dan melarang orang lain duduk di situ. Ketika datang di tempat pertemuan, ia duduk dimana saja tempat tersedia. Ia juga menganjurkan orang lain untuk berbuat yang sama. Ia memberikan tempat duduk dengan cara yang sama sehingga tidak ada orang yang merasa bahwa orang lain lebih mulia ketimbang dia. Ketika seseorang duduk di hadapannya, ia akan tetap duduk dengan sabar sampai orang itu berdiri atau meninggalkannya. Jika orang meminta sesuatu kepadanya, ia akan memberikan tepat apa yang orang itu minta. Jika tidak sanggup memenuhinya, ia akan mengucapkan kata-kata yang membahagiakan orang itu. Semua orang senang pada akhlaknya sehingga ia seperti ayah bagi mereka dan semua ia perlakukan dengan sama.
Majlisnya adalah majlis kesabaran, kehormatan, kejujuran dan kepercayaan. Tidak ada suara keras di dalamnyadan tidak ada tuduhan-tuduhan yang buruk. Tidak ada kesalahan orang yang diulangi lagi di luar majlis. Mereka yang berkumpul dalam pertemuan memperlakukan sesamanya dengan baik dan mereka satu sama lain terikat dalam kesalehan. Mereka rendah hati, sangat menghormati yang tua dan penyayang kepada yang muda, dermawan kepada yang fakir, dan ramah kepada pendatang dari luar.’
  • Cara Rasulullah bergaul dengan sahabatnya
“Aku bertanya kepadanya bagaimana Rasulullah bergaul dengan sahabat-sahabatnya. Ia menjawab, ‘Rasulullah ceria, selalu lembut hati, dan ramah. Ia tidak kasar dan tidak berhati keras. Ia tidak suka membentak-bentak. Ia tidak pernah berkata kotor, tidak suka mencari-cari kesalahan orang, juga tidak suka memuji-muji berlebihan.Ia mengabaikan apa yang tidak disukainya dalam perilaku orang begitu rupa sehingga orang tidak tersinggung dan tidak putus asa. Ia menjaga dirinya untuk tidak melakukan tiga hal: bertengkar, banyak omong, dan berbicara yang tidak ada manfaatnya.Ia juga menghindari tiga hal dalam hubungannya dengan orang lain: mengecam orang, mempermalukan orang, dan mengungkit-ungkit kesalahan orang.
Ia tidak pernah berkata kecuali kalau ia berharap memperoleh anugerah Tuhan. Bila ia berbicara, pendengarnya menundukkan kepalanya, seakan-akan burung bertengger di atas kepalanya. Baru kalau ia diam, pendengarnya berbicara. Mereka tidak pernah berdebat di hadapannya. Jika salah seorang di antara mereka berbicara, yang lain mendengarkannya sampai ia selesai. Mereka bergiliran untuk berbicara di hadapannya. Ia tertawa jika sahabatnya tertawa; ia juga terkagum-kagum jika sahabatnya terpesona. Ia sangat penyabar kalau ada orang baru bertanya atau berkata yang tidak sopan, walaupun sahabat-sahabatnya keberatan. Ia biasanya berkata, “Jika kamu melihat orang yang memerlukan pertolongan, bantulah ia.” Ia tidak menerima pujian kecuali dari orang yang tulus. Ia tidak pernah menyela pembicaraan orang kecuali kalau orang itu melampaui batas. Ia menghentikan pembicaraannya atau berdiri meninggalkannya.
  • Diamnya Rasulullah
“Kemudian aku bertanya padanya tentang diamnya Nabi. Ia berkata, ‘Diamnya Nabi karena empat hal: karena kesabaran, kehati-hatian, pertimbangan, dan perenungan. Berkaitan dengan pertimbangan, ia lakukan untuk melihat dan mendengarkan orang secara sama. Berkaitan dengan perenungan, ia lakukan untuk memilah yang tersisa (bermanfaat) dan yang binasa (yang tidak bermanfaat). Ia gabungkan kesabaran dengan lapang-dada. Tidak ada yang membuatnya marah sampai kehilangan kendali diri. Ia berhati-hati dalam empat hal: dalam melakukan perbuatan baik sehingga orang dapat menirunya; dalam meninggalkan keburukan sehingga orang berhenti melakukannya; dalam mengambil keputusan yang memperbaiki ummatnya; dan dalam melakukan sesuatu yang mendatangkan kebaikan dunia dan akhirat.”

By 

(Ma’ani Al Akhbar 83; ‘Uyun Al Akhbar Al Ridha 1:246; Ibnu Katsir, Al Shirah Nabawiyah 2:601; lihat Thabathabai, Sunan Al Nabi SAW 102-105).

Thursday, 14 November 2013

Jenis Solat Sunat

1. solat Sunat Rawatib - iaitu solat sunat mengiringi solat fardhu. Solat sunat rawatib ada dua jenis:


a. Sunat "Qabliyah" iaitu solat rawatib yang dikerjakan sebelum solat wajib, dan waktu-waktunya ialah: 2 rakaat sebelum solat Subuh, 2 rakaat sebelum solat Zuhur, 2 atau 4 rakaat sebelum solat Asar, dan 2 rakaat sebelum solat Isya';

b. Sunat "Ba’diyyah" iaitu solat rawatib yang dikerjakan setelah solat fardhu, dan waktu-waktunya ialah: 2 atau 4 rakaat sesudah solat Zuhur, 2 rakaat sesudah solat Maghrib dan 2 rakaat sesudah solat Isya'.

2. Solat Sunat Dhuha - solat ketika matahari baru naik pada waktu pagi sekadar satu galah tingginya, sekurang-kurangnya 2 rakaat dan sebanyak-banyaknya 12 rakaat (enam salam).

3. Solat Sunat Witir - solat selepas solat Isyak, kebiasaannya dirangkaikan dengan solat sunat tarawih. Bilangan rakaatnya ialah 1, 3, 5, 7, 9 atau 11 rakaat.

4. Solat Sunat Tahajjud - solat pada lewat tengah malam selepas bangun dari tidur.

5. Solat Sunat Tasbih - solat yang mengandungi 300 tasbih, dan dianjurkan sekurang-kurangnya dikerjakan sekali seumur hidup. Solat tasbih ada empat rakaat, dengan satu salam jika dikerjakan pada siang hari, dan dengan dua salam jika dikerjakan pada malam hari.

Cara mengerjakan solat tasbih ialah dengan membaca tasbih 15 kali sesudah membaca surat Al-Fatihah, 10 kali tasbih ketika rukuk, 10 tasbih ketika iktidal, 10 tasbih ketika sujud pertama, 10 tasbih ketika duduk antara dua sujud, 10 tasbih ketika sujud kedua, dan 10 tasbih ketika duduk sebelum qiam di rakaat pertama dan ketiga (atau 10 tasbih selepas tahiyyat awal di rakaat kedua, dan selepas tahiyyat akhir di rakaat terakhir sebelum salam.) Ulangi 75 tasbih ini untuk empat rakaat.

6. Solat Sunat Hajat -
solat untuk memohon hajat atau ketika berada dalam kesulitan.

7. Solat Sunat Tahiyyatul Masjid -
solat ketika memasuki masjid.

8. Solat Sunat Taubat -
solat untuk memohon keampunan setelah menginsafi perbuatan mungkar.

9. Solat Sunat Musafir -
solat sebelum keluar untuk bermusafir.

10. Solat Sunat Hari Raya -
solat pada hari raya Aidilfitri dan AidilAdha, dan mengandungi takbir tujuh kali pada rakaat pertama, dan takbir lima kali pada rakat kedua.

11. Solat Sunat Tarawih -
solat selepas solat Isyak pada bulan Ramadan.

12. Solat Sunat Istikharah - solat untuk meminta petunjuk yang baik, apabila kita menghadapi dua pilihan, atau ragu dalam mengambil keputusan. Sebaiknya dikerjakan pada 2/3 malam terakhir.

13. Solat Sunat Mutlaq -
Selain daripada waktu-waktu yang terlarang sembahyang padanya, maka adalah disunatkan untuk sembahyang dua raka'at. Sembahyang sunat ini dinamakan sembahyang sunat Mutlak, iaitu sunat yang tidak bersebab, bukan kerana masuk ke masjid, bukan kerana sembahyang sunat sebelum sembahyan fardhu, bukan untuk sesuatu hajat atau sebagainya. Ia merupakan sembahyang yang dilakukan untuk mengisi waktu lapang dengan amalan yang baik.

14. Solat Sunat Wuduk -
solat selepas mengerjakan wuduk.

15. Solat Sunat Khusuf (Gerhana) - solat sunat sewaktu terjadi gerhana bulan atau matahari.

16. Solat Sunat Istisqa' (Minta Hujan) - solat sunat yang dikerjakan untuk memohon hujan. Tiga hari sebelum solat istisqa' segenap penduduk diwajarkan berpuasa dan meninggalkan segala kezaliman serta dianjurkan beramal soleh. Pada hari keempat semua penduduk termasuk yang lemah akan pergi ke tempat yang lapang dengan berpakaian sederhana dan tanpa wangi-wangian untuk solat istisqa’. Solat ini juga diiringi dengan dua khutbah selepas solat. Pada khutbah pertama hendaklah membaca istighfar 9 kali dan pada khutbah kedua 7 kali.

17. Solat Sunat Nikah -
iaitu Solat Sunat Dua Rakaat selepas selesai upacara akad nikah

18. Solat Sunat Isyraq -
dilakukan 2 rakaat setelah syuruk iaitu sebelum sunat dhuha

19. Solat Sunat Ghairu Muaakkadah
Yang dikatakan solat sunat ghairu muaakkadah ialah solat-solat sunat yang tidak begitu kuat anjuran untuk melakukannya. Solat tersebut ialah solat sunat sebelum Maghrib, solat sunat sebelum Isyak dan solat sunat sebelum Asar. Termasuk juga ke dalam kategori ini ialah solat Dhuha.

20. solat sunat Ihram
Dikerjakan sebanyak dua rakaat sebelum Ihram Haji atau Umrah

21. Solat Sunat Muqayyad
Solat sunat yang dilakukan sebab berhubungan dengan suatu masalah. Dilihat dari sebabnya, maka solat muwayyad ini terbahagi kepada 2, iaitu :
Solat sunat yang disyariatkan sebagai mengiringi solat-solat fardhu, yang dikenali juga dengan nama solat Rawatib.
Solat sunat yang disyariatkan bukan sebagai pengiring bagi solat fardhu, seperti solat Dhuha, Witir dan seumpamanya.

22. Solat Sunat Qudum
Sembahyang sunat Qudum ialah sembahyang sunat yang dilakukan sebaik sahaja seseorang yang bermusafir itu tiba ditempat yang dituju. Adapun sembahyang ini dilakukan sebanyak dua raka'at.

23. Solat Sunat Jenazah
Sembahyang jenazah adalah fardhu kifayah, boleh dikerjakan bila-bila masa sahaja walaupun pada waktu yang dilarang. Boleh dilakukan secara berseorangan atau berjemaah. Memadai dilakukan oleh seorang sahaja daripada lelaki walaupun kanak-kanak yang mumayyiz.

24. solat jama' dan qasar
Solat Jama’ telah diberikan kepada umat Islam bagi memudahkan musafir untuk menjalankan ibadah solat. Hukum menunaikan solat Jama’ adalah harus bagi mereka yang bermusafir.  Kemudahan dalam menghimpunkan solat dalam satu masa (Solat Jama’) wajar dimanfaatkan oleh umat Islam agar solat anda tidak terabai.

25. Solat Sunat Nisfu Sya'ban
Dikerjakan dua rakaat selepas solat maghrib pada malam Nisfu Sya'ban dengan seorang diri atau berjemaah.

26.Solat Sunat Asyura
Pada hari Asyura, disunatkan bersolat empat (4) raka’at dengan dua salam.

27. Solat Sunat Lailatul Qadar
Rasulullah SAW bersabda: “Pada saat berlakunya Lailatul Qadar itu, malam terasa jernih, terang, tenang dan cuaca sejuk tidak terasa panas tidak juga dingin. Dan pada pagi harinya matahari terbit dengan jernih terang benderang tanpa tertutup sesuatu awan.” (Hadis riwayat Imam Muslim, Ahmad, Abu Daud dan at-Tirmizi)

28. Solat Sunat Tolak Bala
Dikerjakan dua rakaat dengan satu salam. dilakukan pada bila-bila masa.

29. Solat Sunat Syukur
Apabila kita mendapat sesuatu nikmat, atau sesuatu yang kita hajati atau mencapai kejayaan, maka sewajarnyalah kita bersyukur kehadrat Allah swt, cara menunjukkan syukur ini ada pelbagai cara. Antaranya ialah, sujud syukur, sembahyang sunat syukur dan yang paling penting, menggunakan nikmat itu untuk perkara yang baik yang diredhai Allah.

30. Solat Sunat Musafir
Setiap orang yang ingin melakukan perjalanan atau bermusafir dengan tujuan yang baik dan dituntut oleh Islam seperti bermusafir kerana menuntut ilmu, melaksanakan sesuatu urusan keagamaan seperti mengerjakan Ibadat Haji, menziarahi keluarga, kenalan atau mencari rezeki yang halal untuk memenuhi keperluan keluarganya, mereka tergolong di kalangan orang-orang yang menempuh perjalanan yang diredhai Allah, atau dikira beribadat kepada Allah S.W.T

31. Solat Sunat Tawaf
Tiap-tiap kali seseorang mengerjakan tawaf di Masjidil Haram di Mekah, selepas bertawaf tujuh kali mengelilingi Ka'abah, sama ada ia tawaf wajib atau tawaf sunat, disunatkan mengerjakan sembahyang tawaf disamping Baitullah. Sebaik-baiknya sembahyang sunat tawaf ini dilakukan di maqam Nabi Ibrahim, atau Hijir Ismail.

32. Solat Sunat Hadiah
Diriwayatkan bahawa pada malam pertama mayat dikebumikan, sesungguhnya hebat benar suasana yang datang kepada mayat itu. Oleh kerana itu, sebagai menolong berdoa bagi yang telah pulang ke rahmatullah itu, dianjurkan bagi keluarga yang meniggal itu, agar melakukan sembahyang sunat Hadiah bagi si mayat. Semoga di dalam kuburnya, dia dikurniakan Allah kebaikan dan kebahagiaan yang sempurna dan menggembirakan. Sembahyang ini dinamakan sembahyang Hadiah.

33.Solat Sunat Zawal
Waktu  Zawal yang dikenali juga sebagai waktu Istiwa atau waktu rembang  ialah masa matahari berada tegak di atas kepala, iaitu apabila kita berdiri, tidak kelihatan bayangan kecuali di bawah kaki kita.




Solat Sunat Muakkad
Solat sunat Muakkad ialah sembahyang sunat yang amat digalakkan untuk melakukannya, dan sentiasa dilakukan oleh Rasulullah saw. Solat sunat yang termasuk dalam solat sunat muakkad ialah solat Rawatib iaitu 2 atau 4 rakaat sesudah Maghrib, 2 rakaat sesudah Isyak, 2 rakaat sebelum Subuh, solat Witir, solat Tarawih, solat Aidil Adha dan beberapa jenis solat yang lain.