Friday, 31 May 2013

Lima Perkara Bid’ah Terhadap Jenazah (Yang Sering Dilakukan Oleh Masyarakat Melayu)



1.     Membawa jambangan bunga & seumpamanya bersama-sama jenazah. Perbuatan ini adalah BID’AH yang DIHARAMKAN yang telah mempengaruhi orang Islam dengan meniru upacara pengebumian mayat orang kafir yang mengandungi unsur-unsur pembaziran & kemegahan.

2.     MAKRUH membina qubur sama ada di sebelah dalam atau di luarnya dengan bahan yang menyerap bahang panas seperti simen, batu kapur & seumpamanya.

 Hal ini berdasarkan hadits, daripada Jabir r.a., katanya:

نَهَى رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ أَن يُجَصَّصَ القَبرُ

Maqsudnya: “Rasulullah s.a.w. melarang pembinaan qubur dengan batu kapur.” [HR Muslim (970)]

Walau bagaimanapun, pembinaan qubur dengan batu marmar & seumpamanya adalah HARAM. Ini kerana perbuatan tersebut sangat bertentangan dengan larangan Rasulullah s.a.w., di samping terdapat unsur-unsur pembaziran yang ditegah oleh syara’, serta unsur-unsur kemegahan & kebanggaan yang dicela oleh agama.

3.     MAKRUH TAHRIM meninggikan qubur & membuat binaan di atasnya sebagaimana yang dibuat oleh kebanyakan orang hari ini.

Menurut sunnah, qubur tidak boleh ditinggikan melebihi sejengkal dari paras tanah. Hal ini berdasarkan hadits, daripada ‘Ali bin Abu Talib r.a., katanya, Abu al-Hayyaj al-Sadiy berkata:

أَلَا أَبْعَثُكَ عَلَى مَا بَعَثَنِي عَلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ لَا تَدَعَ تِمْثَالًا إِلَّا طَمَسْتَهُ وَلَا قَبْرًا مُشْرِفًا إِلَّا سَوَّيْتَهُ

Maqsudnya: “Aku menyampaikan pesanan Rasulullah s.a.w. kepadaku bahawa jangan ditinggalkan patung-patung kecuali setelah engkau hancurkannya, begitu juga dengan qubur yang binaannya tinggi kecuali setelah engkau ratakannya.” [HR Muslim (969) & lainnya]"

4.     Keluarga si mati sibuk menyediakan makanan & menjamu orang ramai sebagaimana kebiasaan masa kini. Hal ini adalah BID’AH yang SANGAT BERTENTANGAN DENGAN SUNNAH yang menganjurkan sebaliknya, iaitu sebahagian mereka yang menziarahi jenazah menyediakan makanan & menghantarnya kepada keluarga si mati atau seseorang mengundang & menjamu mereka di rumahnya.

Begitu juga SUNAT menyediakan makanan yang banyak yang mencukupi keperluan mereka sehari semalam. Hal ini berdasarkan hadits, ketika Rasulullah s.a.w. menerima berita Ja’far bin Abu Thalib r.a. terbunuh, baginda (s.a.w.) bersabda:

اصنَعُوا لِأَهلِ جَعفَرٍ طَعَامًا فَإِنَّهُ قَد جَاءَهُم مَا يَشغَلُهُم

Maqsudnya: “Buatkanlah makanan untuk keluarga Ja’far kerana mereka ditimpa perisiwa yang menyedihkan.” [HR at-Tirmizi (998), Abu Daud (31-32) & selainnya]

HARAM menyediakan makanan untuk perempuan-perempuan yang meratap atau seumpamanya sama ada mereka di kalangan keluarga si mati atau orang lain. Ini kerana perbuatan tersebut akan membantu maksiat & menggalakkannya berterusan.

 Termasuk dalam perkara BID’AH ialah perbuatan keluarga si mati mengadakan kenduri yang mereka namakan “sempena berlalu 40 hari” atau seumpamanya.

Sekiranya perbelanjaan kenduri tersebut diambil daripada harta hak para waris, & antara mereka, terdapat pula yang belum baligh, perbuatan tersebut SANGAT DILARANG disebabkan makan harta anak yatim & menghilangkan haknya bukan untuk kepentingan dirinya. Perbuatan HARAM ini dikongsi oleh kesemua yang menjemput & yang makan kenduri tersebut.

5.     Membaca al-Quran di majlis-majlis takziah yang dibuat secara rasmi sebagaimana yang berlaku pada hari ini; perbuatan tersebut juga adalah BID’AH.

Apa yang sunat ialah mengucapkan takziah kepada keluarga si mati hanya dalam tempoh 3 hari dari hari kematiannya sebagaimana yang DISEPAKATI ‘ULAMA’, atau dengan kata lain, bukan keluarga si mati yang menentukan tempohnya.


Sumber dari darulkautsar.net/ PENULIS: Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri

Amalan untuk musnahkan sel kanser

Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.

Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah :

1. Istighfar 10x. 
2. Salawat Nabi 10x. 
3. Al-Fatihah 1x.

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.

1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91). 
2. Surah Al Araf (Ayat 70-81). 
3. Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28). 
4. Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50). 
5. Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227). 
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52). 
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77). 
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).

Kepada pembaca tolong sebarkan kepada ahli keluarga dan saudara yang sedang mengidap penyakit kanser. Semoga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya

Selain dari itu, boleh lah jika ingin menjadikan SARI AgeGard sebagai salah satu alternative untuk penyembuhan sel KANSER.

Rahsia panjang umur

Image
Penceramah : Ustaz Firdaus Saad

Bismillah

Umur adalah sesuatu yg telah ditetapkan, cuma tidak tahu berapa lama usia umur itu.

Hadis : umur umat muhammad hanya antara 60-70 tahun
1/3 masa dihabiskan utk tidur – lebih kurang 20 tahun
Lalai – lebih kurang 20 tahun

Bila mendoakan seseorang panjang umur, sertakan sekali dgn keberkatan. – semoga dipanjangkan umur dalam keberkatan.

Suatu ketika seorang perempuan datang bertemu nabi membawa anak saudaranya. Nabi mendoakan anak saudaranya agar mendapat keberkatan.
Hadis : barangsiapa yg suka diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah dia hubungkan tali silaturrahimnya.

Yang dimaksudkan dipanjangkaumurnya :
1 – Ada pendapat : hidup 20 tahun, keberkatan 40 tahun = 60 tahun
2 – Allah betul2 pjgkan umurnya, disebabkan permintaannya atau sebab2 yg lain atas kehendak Allah.
3 – disebut2, dipuji2 namanya selepas dia meninggal – seoalah2 dia masih hidup di kalangan masyarakat
Adakah boleh utk kita doa minta panjang umur? Boleh… Menurut nabi, tidak ada apa yg boleh mengubah takdir melainkan doa. Antara sahabat yg dipanjangkan umur ialah Anas bin Malik.

Doa Nabi kepada Anas ;

- Byk rezeki
- Panjang umur
- Ramai zuriat

Ini menunjukkan mmg boleh doa utk pjg umur.

Rahsia pertama : silaturrahim – eratkan hubungan kekeluargaan, sesama islam. Sayangnya ramai yg lebih menziarah kawan2 berbanding keluarga.
Amalkan ziarah, saling mengunjungi saudara.

Rahsia kedua : berakhlak mulia – Muka ceria, memberi bantuan tanpa diminta (sebaik2 org ialah org yg berguna kpd orang lain). Abu bakar as siddiq mengikuti sunnah nabi, selalu membantu nabi, salah satunya ialah memerah susu. 

Ketika dilantik menjadi khalifah, org yg selalu dibantu abu bakar, menyangka abu bakar tidak akan membantu mereka lg. tetapi tidak, abu bakar tetap teruskan kerjanya memerah susu itu, sekalipun telah dilantik menjadi khalifah. Jaga diri kita dari mengganggu org lain, menyakiti org lain, bukan hanya dengan perkataan, tetapi dgn sikap.

Seorang mukmin yg berakhlak mulia akan mencapai darjat seperti org2 yg berpuasa dan solat malam.

Rahsia ketiga : memuliakan jiran tetangga. Hadis : jibril sentiasa dtg kepadaku memberi wasiat agar selalu berbuat baik kpd jiran. Hadis : siapa yg beriman kpd Allah dan hari akhirAt maka hendaklah dia memuliakan jiran, x menyakiti hati, xganggu mereka.

Ada beberapa amalan yg boleh memanjangkan umur ;

1) solat. Solat di masjidil haram dan masjid nabi. Solat di masjidil haram 100000 ganda kebaikan berbandin solat di tempat lain. Solat di masjid nabawai, 1000 kali ganda. Jaga solat2 sunat rawatib

Jika nak capai 200000 rakaat solat sunat perlu solat selama 46 tahun (1 hari 12 rakaat). Ambil peluang ketika berada di masjidil haram utk solat sunat. 10 rakaat, ibarat 1,000,000 rakaat di tempat lain – 230 tahun!

Jaga solat jemaah di masjid. Solat bersama imam di masjid, lebih afdhal 25 atau 27 ganda berbanding solat sendirian.

Org yg solat sendirian selama 25 atau 27 tahun, bersamaan dgn solat setahun bersama imam di masjid. Seorang perempuan dtg bertemu nabi, bgtau dia suka solat dgn nabi. Nabi ckp, solat kamu lebih baik di bilik kamu, lebih tersembunyi, lebih tersorok.

Lakukan juga solat sunat di rumah. Hadis : jgn jadikan rumah kamu seperti kubur, solat,ah di rumah kamu (solat sunat).

Hadis : solat sunat sesorang di rumahnya, xda sorg pun yg nampak, 25 ganda berbamding solat sunat di masjid.

Sediakan tempat yg khas utk solat sunat di rumah.

Rahsia keempat : jaga adab2 solat jumaat. Hadis : siapa yg memandikan dan mandi, kemudian bersegera ke masjid dan dia berjalan, dan duduk berhampiran dgn imam, mendengar suara khatib. Setiap amalan, satu langkah ke masjid, dihitung amaln satu tahun puasanya dan berdiri di malam hari.

Sentiasa menjaga solat sunat dhuha. Kita ada 360 sendiri, yg mana kita perlu memberi sedekah kpd sendi2 ini, iaitu dgn mengeluarkan kata2 yg baik, memberi pertolongan kpd org yg memerlukan juga sedekah, bg minum org lain, membuang halangan di tgh jalan, dll.

Setiap org yg bangun pagi, wajib utk menutup setiap sendinya dgn sedekah – digalakkan bertasbih, tahmid, takbir, tahlil, etc… Tp cukup dgn solat sunat dhuha, sudah mencukupi utk membayar sedekah kpd sendi2.

Haji dan umrah juga memanjangkan umur.

Isteri yg mudahkan perjalanan suaminya, membantu suaminya, akan dpt pahala yg sama seperti suaminya.

Solat ishraq – selepas solat subuh, duduk berzikir, sehingga matahari terbit, kemudian solat sunat 2 rakaat, seperti org yg melakukan haji dan umrah sempurna, sempurna, sempurna.

Hadirkan diri ke majlis2 ilmu di masjid. Hadis : siapa yg dtg ke masjid utk belajar sesuatu yg baik atau mengajar, maka dia mendapat pahala seperti sempurna hajinya.

Umrah di bulan ramadhan, pahalanya sama dgn haji bersama Rasulullah.

Solat di masjid kuba’. Hadis – siapa yg berwuduk di rumahnya dan kemudian ke masjid kuba utk solat didalamnya,

Jadilah org yg mengucakpkan azan. Jawab azan, dpt pahala seperti org yg azan.

Penuhi saf hadapan.
Wallahu’alam

Kisah Syaitan Khannas dan Nabi Adam

Syaitan sememangnya tidak pernah mengenal putus asa untuk menghancurkan anak cucu Adam.........

Suatu hari Iblis laknatullah membawa anaknya yang bernama Khannas menuju ke rumah Nabi Adam AS dan Siti Hawa. Ketika itu, Nabi Adam AS baru saja meninggalkan rumah untuk pergi mencari nafkah. Maka tinggallah Siti Hawa keseorangan di rumah. Tiba-tiba, pintu rumahnya diketuk, lalu dibuka oleh Siti Hawa, lalu dia bertanya: “Siapa kamu?” Lalu Iblis menjawab: “Tolong jagakan anak saya, nanti saya akan datang untuk ambil dia balik.” ....

Siti Hawa yang mempunyai sifat keibuan dan tidak mengetahui muslihat Iblis laknatullah terus memberi pertolongan. Apabila Nabi Adam AS pulang, baginda terperanjat lalu bertanyakan Siti Hawa: “Anak siapakah ini?” Lalu Siti Hawa menjawab: “Tak tahulah, tadi ada seorang wanita menyuruh kita menjaga anak ini.” Nabi Adam AS berfikir dan berkata: “Ini tentu anak syaitan yang mahu menganggu anak cucu kita…” “Apa yang harus kita lakukan sekarang?” tanya Siti Hawa pada Nabi Adam AS. Setelah agak lama berfikir, Nabi Adam AS menjawab: “Kita potong-potong badannya sehingga kecil dan kita gantungkan daging-dagingnya di pokok luar rumah kita. Nanti apabila ibunya datang biar dia nampak dan tahulah dia anak nya sudah tidak ada…”....

Keesokan pagi, Iblis pun datang lagi ketika Nabi Adam AS sudah keluar bekerja: “Mana anak aku?” tanya Iblis pada Siti Hawa. Siti Hawa pun dengan terus terang memberitahu apa yang telah meraka berdua lakukan terhadap anak syaitan tersebut: “Semalam Adam pulang ke rumah, lalu ia mengetahui yang anak itu anak syaitan, lalu kami kerat2 anak kamu dan kami gantungkan daging-dagingnya di atas pokok di luar sana,” jelas Siti Hawa. “Oh… benarkah?” kata Iblis laknatullah dengan selamba. Lalu Iblis menyeru anaknya: “Khannasss….!!!” Tiba2 daging2 anaknya yang telah dikerat bergantungan di atas pokok itu pun bercantum kembali dan menjadi hidup kembali. Iblis masih tidak berputus asa dan masih meminta Siti Hawa agar menjaga Khannas malah dia berpesan akan kembali lagi esok harinya. ....

Apabila Nabi Adam AS pulang, baginda terkejut melihat anak Syaitan yang bernama Khannas itu masih hidup dan bertanya pada Siti Hawa kenapa anak syaitan itu masih berada di rumah meraka. Hawa menerangkan apa yang berlaku. “Kita tak boleh biarkan usaha syaitan untuk menganggu hidup anak cucu kita,” kata Nabi Adam. “Apa harus kita lakukan?” tanya Siti Hawa. “Beginilah.., kita bakar anak syaitan ini dan abunya kita buangkan ke laut, biar abunya di bawa arus laut, tentu ibunya tidak akan mendapat anaknya ini lagi…” terang Nabi Adam AS.....

Keesokan paginya datanglah Iblis bertanyakan anaknya ketika Nabi Adam AS sudah keluar bekerja. “Mana anak aku?” tanya Iblis. “Anak kamu sudah kami bakar dan abunya kami buang ke laut!” jawab Siti Hawa. “Oh, benarkah?" kata Iblis lalu sekali lagi menyeru anaknya: “Khannas!!!” Lalu bercantumlah kembali daging anaknya dari abu, dan menjadi Khannas kembali dan kemudian diserahkan kembali pada Siti Hawa untuk dijaga.....

Apabila Nabi Adam AS pulang, baginda mendapati anak syaitan itu masih juga berada di rumahnya. “Ini tak boleh jadi, kita tak boleh biarkan mereka ganggu anak cucu kita,” kata Nabi Adam. “Apa harus kita lakukan?” tanya Siti Hawa. “Begini sajalah…, kita belah dua anak syaitan ini. Kamu telan sebelah, aku telan sebelah. Habis cerita!” cadang Nabi Adam AS.....

Keesokan hari, datanglah lagi Iblis bertanyakan anaknya ketika Nabi Adam AS sudah keluar bekerja. “Mana anak aku?” tanya Iblis. “Kali ini kamu tak dapat balik anak kamu..,” jawab Siti Hawa dengan penuh yakin. “Kenapa?” tanya Iblis. “Anak kamu telah kami telan!” jawab Siti Hawa dengan tegas. “Oh, benarkah?" Lalu Iblis memanggil anaknya: "Khannas!!!" Tiba-tiba terdengarlah suara Khannas dari dalam badan Siti Hawa. “Bagus anakku, kamu duduk di sana, jangan sesekali keluar,” Iblis memberi arahan kepada anaknya. Maka duduklah Khannas di dalam tubuh badan manusia sehingga hari kiamat. ....

Syaitan Khannas ini tugasnya:-- Bila kita makan, dia pun makan, bila kita minum dia pun minum. Apa-apa sahaja aktiviti kita buat dia akan menyertainya jika kita tidak membaca BASMALAH (Bismillah).

Bila kita solat dia akan berusaha supaya kita berasa was-was. Sebab itulah kadang-kadang bila tengah bersolat, tiba-tiba sahaja kita lupa bilangan rakaat yang telah kita lakukan. Kadang-kadang bila buat kerja, kita keliru dan ingat-ingat lupa. Ubatnya banyakkan ISTIGHFAR (Astaghfirullah). Syaitan Khannas ini akan berlari / bermain dalam darah kita. Ubatnya ialah dengan membanyakkan ZIKIR.....

Sahabat Rasulullah SAW pernah bertanya bagaimana hendak mengelak dari Khannas ini. Pesan Rasulullah SAW, setiap apa yang hendak kita lakukan mulakanlah dengan membaca BASMALAH dan doa, atau sekurang-kurangnya bacalah BASMALAH. Khannas akan berasa kelaparan bila kita berpuasa dan akan menjadi bertambah kurus bila kita makan dengan membaca Basmalah. Bagi yang sudah menjadi Suami Isteri, sebelum 'bersama', bacalah BASMALAH dan doa-doa. Jika tidak, Khannas dan syaitan-syaitan yang lain akan ikut serta 'bersama'. ....

Lihatlah bagaimana syaitan yang tak pernah putus asa mahu memperdayakan anak cucu Adam. Dalam Surah An-Nas juga ada menceritakan hal syaitan bernama Khannas yang sentiasa berusaha membuat kita was-was. Apa-apa pun mulakan apa sahaja aktiviti dengan "BISMILLAHI RAHMANIR RAHIEM!". Wallahu’alam….....

Thursday, 30 May 2013

DOA Pelaris Perniagaan



Waktu : Selepas Asar

1. Membaca Surah Yassin (2 kali)
2. Membaca Surah Al-Waqiah (1 kali)

Selepas Maghrib
1. Membaca Surah Yassin (1 kali)
2. Membaca Surah Al-Waqiah (2 kali)

KAEDAH AMALAN
Hendaklah mengikuti turutan amalan di atas setiap hari dan berdoalah untuk melariskan jualan ataupun apa-apa jua perniagaan yang anda usahakan. Lebih elok jika ditambah dengan anda mengamalkan bacaan yang dikenali “Ayat Seribu Dinar” 3 kali setiap selepas doa lima solat waktu secara berterusan dan disudahi juga dengan doa untuk melariskan apa jua hajat yang dipinta.
DOA Pelaris Perniagaan

Waktu : Selepas Asar

1. Membaca Surah Yassin (2 kali)
2. Membaca Surah Al-Waqiah (1 kali) 
 
Selepas Maghrib
1. Membaca Surah Yassin (1 kali) 
2. Membaca Surah Al-Waqiah (2 kali)

KAEDAH AMALAN
Hendaklah mengikuti turutan amalan di atas setiap hari dan berdoalah untuk melariskan jualan ataupun apa-apa jua perniagaan yang anda usahakan. Lebih elok jika ditambah dengan anda mengamalkan bacaan yang dikenali “Ayat Seribu Dinar” 3 kali setiap selepas doa lima solat waktu secara berterusan dan disudahi juga dengan doa untuk melariskan apa jua hajat yang dipinta.

Wednesday, 29 May 2013

.. SITI, PENJUAL BAKSO BERUSIA 7 TAHUN ...


Siti, seorang bocah yatim yang ditinggal mati ayahnya sejak usia 2 tahun. Kini Siti berumur 7 tahun. Sehari-hari sepulang sekolah Siti masih harus berkeliling kampung menjajakan bakso.



Karena ... ia masih anak-anak, tentu belum bisa mendorong rombong bakso. Jadi bakso dan kuahnya dimasukkan dalam termos nasi yang sebenarnya terlalu besar untuk anak seusianya. Termos seukuran itu berisi kuah tentu sangat berat.

Tangan kanan menenteng termos, tangan kiri menenteng ember plastik hitam berisi mangkok-mangkok, sendok kuah, dan peralatan lain. Dengan terseok-seok menenteng beban seberat itu, Siti harus berjalan keluar masuk kampung, terkadang jalanannya menanjak naik.

Kalau ada pembeli, Siti akan meracik baksonya di mangkok yang diletakkan di lantai. Maklum ia tak punya meja. Terkadang jika ada anak yang membeli baksonya, Siti ingin bisa ikut mencicipi.

Tapi ia terpaksa hanya menelan ludah, menahan keinginan itu. Setelah 4 jam berkeliling, ia mendapat upah 2000 perak saja! Kalau baksonya tak habis, upahnya hanya Rp. 1000,- saja. Lembaran seribuan lusuh berkali-kali digulung-gulungnya.

Sampai di rumah, Siti tak mendapati siapapun. Ibunya jadi buruh mencangkul lumpur di sawah milik orang lain. Tak setiap hari ia mendapat upah uang tunai.

Terkadang ia hanya dijanjikan jika kelak panenan berhasil ia akan mendapatkan bagi hasilnya. Setiap hari kaki Ibunda Siti berlumur lumpur sampai setinggi paha. Ia hanya bisa berharap kelak panenan benar-benar berhasil agar bisa mendapat bayaran.

Hari itu Siti ingin bisa makan kangkung. Ia pergi ke rumah tetangganya, mengetuk pintu dan meminta ijin agar boleh mengambil kangkung. Meski sebenarnya Siti bisa saja langsung memetiknya, tapi ia selalu ingat pesan Ibunya untuk selalu minta ijin dulu pada pemiliknya.

Setelah diijinkan, Siti langsung berkubang di empang untuk memetik kangkung, sebatas kebutuhannya bersama Ibunya. Petang hari Ibunya pulang. Siti menyerahkan 2000 perak yang didapatnya. Ia bangga bisa membantu Ibunya.

Lalu Ibunya memasak kangkung hanya dengan garam. Berdua mereka makan di atas piring seng tua, sepiring nasi tak penuh sepiring, dimakan berdua hanya dengan kangkung dan garam. Bahkan ikan asin pun tak terbeli, kata Ibunda Siti.

Bayangkan, anak sekecil itu, pulang sekolah menenteng beban berat jualan bakso keliling kampung, tiba di rumah tak ada makanan. Kondisi rumahnya pun hanya sepetak ruangan berdinding kayu lapuk, atapnya bocor sana-sini. Sama sekali tak layak disebut rumah. Dengan kondisi kelelahan, dia kesepian sendiri menunggu Ibunya pulang hingga petang hari.

Sering Siti mengatakan dirinya kangen ayahnya. Ketika anak-anak lain di kampung mendapat kiriman uang dari ayah mereka yang bekerja di kota, Siti suka bertanya kapan ia dapat kiriman. Tapi kini Siti sudah paham bahwa ayahnya sudah wafat. Ia sering mengajak Ibunya ke makam ayahnya, berdoa disana.

Makam ayahnya tak bernisan, tak ada uang pembeli nisan. Hanya sebatang kelapa penanda itu makam ayah Siti. Dengan rajin Siti menyapu sampah yang nyaris menutupi makam ayahnya.

Disanalah Siti bersama Ibunya sering menangis sembari memanjatkan doa. Dalam doanya Siti selalu memohon agar dberi kesehatan supaya bisa tetap sekolah dan mengaji. Keinginan Siti sederhana saja : bisa beli sepatu dan tas untuk dipakai sekolah sebab miliknya sudah rusak.

Sahabatku yang baik hati. Jangan abaikan kisah ini, Lakukan sesuatu buat ananda siti semampu yang kalian bisa. dari hal sederhanaya namun begitu besar manfaatnya. Ialah mendoakan kebaikan padanya. Share dan bagikan pesan ini, semakin banyak yang share semakin banyak doa untuknya. Dan barangkali cerita ini sampai kebapak penguasa lalu tergerak hatinya untuk membantu Siti.

Barangkali ada yang mau datang Langsung semoga alamat ini dapat membantu: Desa Karangkamulyan, Kec. Cihara, Kabupaten Lebak, Banten Selatan

Syukuri apa yang ada saat ini, latih terus balita kita dengan ketulusan dan rasa syukur

Fadhilat Surah Al Fatihah





1. Untuk Penawar Racun dan Kala Jengking - Isi gelas dengan sedikit air yang dicampur dengan sedikit garam. Bacakanlah surah al Fatihah 7 kali pada air di dalam gelas itu. Kemudian berilah orang yang disengat lipan itu minum dan usapkanlah sedikit di bahagian sengatan tadi. Dengan ikhtiar itu, racun yang ada di dalam badan akan menjadi tawar sehingga cepat sembuh kembali.

2.
Untuk Menghilangkan Sifat Lupa - Tulis surah al Fatihah pada bekas air seperti gelas, piring, dan lain-lain) yang bersih lagi suci. Lalu tuangkanlah air ke dalamnya supaya tulisan itu terhapus. Kemudian berilah minum kepada orang yang selalu pelupa. Usaha ini akan berhasil dengan kesabaran.

3.
Untuk Penyembuhan Segala Penyakit - Ambil sebaldi air lalu dibacakan surah ini kepada air itu sebanyak 40 kali. Kemudian basuhlah kedua tangan, kedua kaki, muka,kepala dan seluruh anggota badan sampai rata dengan air itu. Lakukan berkali-kali.

4.
Untuk Penyembuhan Penyakit Mata - Baca surah ini 41 kali sehabis sembahyang subuh kepada orang yang sakit mata. Kemudian usapkanlah ke mata pesakit dengan sedikit air ludah iaitu selepas membaca al Fatihah.