Sunday, 23 June 2013

Kelebihan Puasa Untuk Tubuh Anda


 Semasa berpuasa tubuh membuang lebihan selular; setiap hari berbilion sel dalam tubuh manusia digantikan dengan yang baru. Sel-sel yang mati perlu dinyahkan. Proses ini berlaku apabila seseorang berpuasa; tubuh akan membuang sel-sel mati, tisu-tisu yang telah rosak, lemak-lemak terkumpul, tumor dan sebagainya. Semua ini akan terbakar atau dinyahkan sebagai bahan buangan. Berpuasa akan 'melarut' sel-sel berpenyakit secara sistematik dan meninggalkan tisu-tisu yang sihat. Sebab itulah berpuasa boleh menambahkan proses penyembuhan.

Apa yang dibersihkan tubuh apabila berpuasa?
...
1. Sel-sel mati, hampir mati atau yang berpenyakit.
2. Tisu-tisu lemak yang tidak diperlukan.
3. Asid-asid lemak trans.
4. Lapisan mukus yang mengeras di dinding usus.
5. Bahan buangan toksik dalam sistem lympha dan saluran darah.
6. Toksin dalam limpa, hati dan buah pinggang.
7. Toksin-toksin yang tertanam dalam fiber selular dan tisu organ.
8. Deposit dalam tiub-tiub halus yang bertanggungjawab menyuburkan sel-sel otak.
9. Kolesterol berlebihan.

Apa Kesannya?

a. Kecergasan otak dapat dipertingkatkan.
b. Berat badan dapat dikurangkan dengan selamat tanpa geleber.
c. Sistem saraf diseimbangkan.
d. Paras tenaga dipertingkatkan.
e. Organ-organ dipertingkatkan kecergasannya.
f. Biokimia selular diharmonikan.
g. Kulit menjadi lebih halus, lembut dan sensitif.
h. Lebih mudah bergerak.
i. Pernafasan lebih penuh, bebas dan dalam.
j. Sistem digestif direhatkan.
See More

No comments:

Post a Comment