Thursday, 20 June 2013

Koleksi Petua Untuk Kelihatan Jelita dan Tampan



PILIHAN 1:

a) Ambil sebiji putih telur, ¼ camca teh madu lebah segar, minyak zaitun 1/4 camca teh, sebiji limau nipis. Perah dan ambil airnya. Ambil 5 kuntum bunga melur sedang mekar dan 5 biji badam. Kupas kulitnya. Semua bahan ini dikisar halus dan ratakan pada muka selama 10 minit. Kemudian bilas. Amalkan seberapa kerap yang mampu.

b) Ambil beras 1/2 kilogram, 3 biji limau nipis dan ambil airnya. Beras dibasuh bersih dan toskan. Kemudian campurkan dengan perahan limau nipis. Goreng kering tanpa minyak dengan api perlahan. Goreng sehingga hitam. Sejukkan dan kisar halus dan ayak. Bancuh dengan air tapisan secukup rasa (pekatan macam tepung untuk menggoreng pisang). Ratakan dengan jari perlahan-lahan sehingga kering dan kemudian bilas.

c) Ambil air kelapa muda setengah gelas kacau dengan sebiji telur ayam kampung dan minum pada waktu tengah hari. Amalkan 4 hingga 6 kali seminggu.

PILIHAN 2:

Masalah kulit kedut dan geleber bukan terjadi kerana usia semakin tua. Pelbagai faktor menjadikan seseorang itu cepat dimamah usia. Antaranya, sering terdedah kepada matahari, merokok, kerap bersalin, tidur yang tidak mencukupi, tekanan perasaan dan persekitaran, dan pencemaran bahan kimia dalam produk kecantikan. Bagi anda yang mempunyai masalah kulit berkedut atau geleber, amalkan petua ini:

a) Ambil 10 liter air dicampur dengan 500 gram daun teh (lebih baik lagi jika anda gunakan ‘white tea’ jenis daun teh Cina yang tidak diproses peram). Campur dengan 300 gram gambir. Rebus sehingga mendidih. Biarkan sehingga air tinggal separuh. Embunkan semalaman selama 3 malam berturut turut. Sebelum matahari terbit, sapukan pada kulit muka dan leher. Amalkannya setiap pagi.

b) Ambil lempuyang wangi dan kunyit sebesar ibu jari. Bersihkan dan kisar halus, campurkan segelas air. Ramuan dibahagi dua untuk 2 kali minum. Campur madu dan kuning telur pada bahagian yang hendak diminum dahulu.

c) Daun katuk atau cekur manis 10 lebar dikisar lumat. Campurkan dengan 1/2 cawan air yang dimasukkan pecahan hempedu ayam. Ratakan pada wajah dan biarkan 10 minit dan bilas bersih. Lakukan setiap malam.

d) Campurkan 1 biji kuning telur dengan satu camca teh minyak bijan. Sapu pada wajah. Biarkan kering dan bilas bersih.

e) Ambil 2 biji pisang embun. Lumatkan bersama 1/4 cawan susu. Ratakan pada muka. Apabila sudah kering, bilas bersih.

f) Kulit dari 2 biji pisang dikikir dalamnya sehingga tinggal kulit luaran sahaja. Jika kulit anda jenis kering, kisarkan dengan 1/4 cawan susu. Jika kulit jenis berminyak, kisarkan dengan 1/4 cawan campuran tepung beras dan air. Guna kapas dan lumur perlahan-lahan sehingga 5 minit. Biarkan kering dan bilas.

No comments:

Post a Comment