Rahsia Tumbuhan Herba Untuk Kesihatan Wanita
1. Kebanyakkan kaum wanita lebih gemarkan pengambilan jamu untuk menjaga kesihatan mereka. Bahan-bahan asli seperti tumbuh-tumbuhan, daun-daun, akar-akar kayu, buah-buahan dan bunga-bungaan mempunyai khasiat untuk merawat kesihatan dan kecantikkan tubuh badan.
2. Jamu ialah ubat tradisional yang telah digunakan oleh nenek moyang kita sejak dahulu lagi. Mereka telah mengamalkan penggunaan jamu ini untuk mengubati berbagai jenis penyakit dan tidak ketinggalan juga untuk menyihatkan dan menguatkan badan. Pemakanan dan penggunaan ubat tradisional yang asli ini masih diamalkan hingga ke hari ini. Walaupun perubatan moden begitu luas digunakan dan dikembangkan dengan begitu canggih sekali. Keberkesanan penggunaan jamu yang jarang memberi kesan sampingan telah terbukti melalui pengalaman para pengamalnya yang setia.
3. Kebanyakan bahan boleh didapati dari kedai-kedai runcit. Tetapi ada juga orang yang menanamnya di halaman rumah seperti sirih, kunyit, daun beluntas, kemangi, serai dan lain-lain.
a. Daun yang boleh dibuat ulam seperti betik, di mana khasiatnya ialah untuk mempercepatkan jahitan di faraj wanita yang baharu lepas bersalin, kering dan sembuh dengan sempurna. Daun betik ini direbus dan diminum airnya selama dua hingga tiga hari.
b. Bahan-bahan lain yang boleh didapati di dapur kita ialah asam, halia untuk memanaskan badan. Kunyit digunakan untuk menyembuhkan gatal-gatal dan luka-luka.
c. Kencur atau cekur, pati beras, adas untuk menghilangkan sakit perut, memperbaiki perjalan haid yang teratur dan masalah susah tidur.
d. Bawang merah baik untuk mengubati batuk dan masuk angin. Bunga cengkih boleh mengubati masuk angin dan juga perut memulas. Lempoyang untuk mengubati kurang nafsu makan, sesak nafas dan bau badan.
e. Bahan yang boleh didapati dari halaman rumah ialah bayam duri untuk mengubati selsema, bisul, sesak nafas dan demam nifas.
f. Buah belimbing untuk mengubati kencing manis, batuk, tekanan darah tinggi dan sakit kepala.
g. Daun sirih, daun lidah buaya, daun orang aring, kemangi, serai dan daun beluntas boleh mengubati demam panas, darah kotor, nafas berbau.
h. Limau nipis untuk mengatasi masalah kegemukkan.
i. Lazimnya jamu ini tidak mempunyai resipi yang tepat iaitu jumlah atau ukuran bahan-bahan untuk sesuatu ramuan tidak mengikut sistem metrik, melainkan mengikut cara ukur yang mudah seperti genggam, menggunakan jari-jari dan jemputan tangan. Dosnya juga bermacam-macam, misalnya satu gelas, setengah botol, satu cawan dan sebagainya.
j. Tumbuh-tumbuhan herba sememangnya penting dalam perubatan Melayu, di mana ianya telah terbukti dalam menyembuhkan berbagai jenis penyakit. Di samping itu juga ianya amat penting dalam penjagaan kesihatan serta kecantikkan. Apa yang penting adalah kesedaran kita semua untuk menyedari serta menghargai sumber alam semulajadi yang mempunyai banyak khasiatnya.
No comments:
Post a Comment